Selasa, 20 Februari 2018

TAHNIAH AISYAH


11 Januari 2018 


Tahniah diucapkan kepada Siti Nur Aisyah bt Kamaruddin di atas penglibatan dalam Ujian Pra Penarafan Pengakap 2018 Raja Negeri Johor. 

Aisyah merupakan murid tahun 3 dan di sekolah ini yang mengambil SKM Dandanan Rambut. Berasal dari Johor dan aktif dengan penglibatan Unit Beruniform Pengakap. Pada 2016 Aisyah juga pernah mengikuti Agonoore Pengakap yang diadakan di Jepun. 

Aisyah telah melakar sejarah sebagai wakil murid daripada Sekolah Pendidikan Khas dan menerima Anugerah Rambu Ketua Pengakap Negara serta lulus dalam ujian ini. 

Aisyah telaş dibantu oleh guru pengakap SMPKVIP, Pn. Wahidah bagi menyediakan folio yang perlu dihantar bagi mendapatkan anugerah ini. 

Kejayaan ini telah membanggakan pikhaak sekolah serta menjadi pembakar semangat bagi murid-murid lain juga untuk terus cemerlang di dalam penglibatan Kokurikulum Unit Beruniform. 


Aisyah menerima anugerah di Pontian 
Aisyah bersama guru pengakap, Pn. Wahidah