Isnin, 8 Mei 2017

FESTIVAL KESENIAN MUZIK SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN KE –9

30.04.2017 - Pertandingan gamelan ini adalah yang julung kali disertai oleh pasukan gamelan sekolah dan pertandingan ini adalah terbuka kepada seluruh sekolah-sekolah di Malaysia dan telah disertai oleh 35 buah sekolah. Pertandingan ini diadakan di Dewan Sri Pinang, Georgetown, Pulau Pinang yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pro Art Filharmonik Pulau Pinang dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan. Antara lagu yang dipertandingkan ialah Togok dan Ostinato Kalijaga for us (OKU). Seramai 16 orang murid yang terlibat dan mereka memperolehi pencapaian gangsa dalam pertandingan tersebut. Antara impak murid yang diperolehi ialah murid dapat membina keyakinan diri untuk berada dalam khalayak ramai dan memupuk semangat berpasukan. Selain itu, murid juga dapat belajar untuk menguruskan masa dan diri dengan baik dan seimbang. Impak kepada sekolah pula ialah melahirkan kemenjadian murid dalam bidang muzik gamelan & dan platform yang sangat baik untuk  mengembangkan potensi mereka dalam mencapai aspirasi murid bagi memenuhi keperluan abad ke 21 dan memperkenalkan nama sekolah ke peringkat antarabangsa dan menjalinkan satu hubungan baik dengan komuniti luar. Laporan disediakan oleh Nooraziah Razali, Penyelaras Edu Budaya.

Murid-murid dan guru-guru yang terlibat di dalam pertandingan gamelan