Isnin, 10 April 2017

PELANCARAN FOOT STEP "LANGKAH KE PSS"


04.04.2017 - Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan satu aktivti tahunan            Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan          pembacaan dalam kalangan murid. Program KM1M berlangsung selama tiga hari iaitu 04-06 April 2017. Perasmian program ini dijalankan di Dewan Serbaguna yang dirasmikan oleh Tuan Fahrurrazi Bin Ramdhan, Pengetua SMPKVIP. Antara aktiviti yang dijalankan ialah membaca buku selama 15 minit, sinopsis bacaan, pertandingan membina ayat, jejak maklumat dan lain-lain lagi. Semoga program ini mendapat galakan membaca yang seiring dengan agenda negara untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara ini. Laporan         disediakan oleh Shahriman, Guru Perpustakaan & Media.