30.08.2016 – Pada
hari Selasa telah berlangsung Majlis Persaraan Pengetua SMPK Vokasional Indahpura,
Puan Mariani Binti Mohd Saad di Dewan Goalball Seri Khadijah bermula pada pukul
10.00 pagi. Antara tetamu yang hadir ialah Haji Wan Mohd Noor Bin Wan Endut,
Timbalan Pengarah Cawangan Program Pendidikan Khas (CPPK) wakil rasmi Pengarah
Bahagian Pendidikan Khas, KPM, Cik Norbiha Binti Buang, Ketua Sektor Pendidikan
Swasta dan Pendidikan Khas, wakil rasmi Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Encik
Halim Perdana Kesuma Bin Maarof, Penolong PPD Pendidikan Khas & Pemulihan,
wakil rasmi Pegawai Pendidikan Daerah Kulai dan beberapa pengetua dan guru
besar sekolah lain. Antara objektif majlis ini ialah bagi menghargai jasa
beliau sepanjang berkhidmat dan sebelumnya dan memberi kesedaran kepada murid
bahawa penting untuk mereka menghargai sumbangan dan jasa guru yang
berkhidmat di sekolah ini. Selesai
ucapan daripada Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, yang diraikan telah
didudukan di atas pelamin. Beliau dan suami telah diraikan bak raja sehari.
Persembahan multimedia tentang riwayat Puan Mariani Mohd Saad ditayangkan dan
selepas itu acara penyampaian hadiah. Dengan perasaan sayu semua kakitangan
sekolah melepaskan pemergian Puan Mariani Bin Mohd Saad. Selamat Bersara Puan.