Khamis, 9 Jun 2016

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT


PROGRAM JALINAN KASIH (SIRI 2)

TARIKH: 22 MEI 2016 ( AHAD)
TEMPAT : MASJID BANDARPUTRA, KULAI 
ANJURAN: PANITIA SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 
*********************************************************************************

Pada 22 Mei 2016 yang lalu, Panitia Sivik dan Kewarganegaraan (PSVK) SMPKVIP telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat di Masjid Bandar Putra.

Objektif utama bagi program ini adalah bagi memberi serta memupuk kesedaran dalam kalangan muri-murid tentang kepentingan memberikan khidmat mereka di dalam masyarakat. Selain itu juga, program ini dapat membantu murid-murid untuk menjadi masyarakat yang berguna di masa hadapan.

Secara tidak langsung juga, program ini dapat memupuk jalinan ukhwah di antara masyarakat serta murid-murid dan guru-guru.

Seramai 7 orang guru-guru yang mengajar matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan serta PPM telah terlibat denGen program tersebut.

Murid-murid yang terlibat dengan program ini adalah murid-murid SKM (Sijil Kemahiran Malaysia)   Tahun 3.

*********************************************************************************


Rombongan murid-murid ke Masjid Bandar Putra
Murid- murid menunjukkan semangat yang tinggi sewaktu menjalankan tugas yang diberi



Diharapkan agar Program Jalinan Kasih ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa hadapan bagi menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid serta seluruh warga SMPKVIP.