Isnin, 24 November 2014

TEAM PIDM VIP MENDAPAT TEMPAT KETIGA PROGRAM PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PIDM)


                                                                                              TAHNIAH ...TEAM PIDM

Tahniah diucapkan kepada pasukan PIDM SMPKVIP kerana berjaya mendapat tempat ke 3 dan membawa pulang hadiah RM 7,000.00 pertandingan akhir pada 25-27.11.2014 di Kuala Lumpur.

Pertandingan ini merupakan sebuah pertandingan antara sekolah peringkat kebangsaan. Ia terbuka kepada semua sekolah menengah di Malaysia. Pasukan SMPKVIP yang bertanding bekerja secara berpasukan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti sejajar dengan tema "Sikap Peka Kewangan" .

Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan celik kewangan di peringkat sekolah dan komuniti luar. Pertandingan ini ternahagi kepada 3 peringkat iaitu kertas cadangan (Mac-April 2014), Pelaksanaan (Jun-Sep 2014) dan Pertandingan akhir 5 sekolah terbaik terpilih pada Nov 2014.


Semua warga SMPKVIP mengucapkan tahniah di atas kejayaan anda semua. Tahniah kepada guru pembimbing Pn Vivian Lim dan Pn Zulyanie dan murid-murid yang terlibat Ambarasi, Gunasunthari, Nur Fareesha, Nurul Shazatul dan Megat Arif